Wednesday, March 16, 2011

Goji (Wolfberry)

"Wolfberry Lycium Barbarum" (GOJI)
Wolfberries (lyceum barbarum), juga dikenali sebagai buah goji telah digunakan lebih 5000 tahun dahulu di Negara China.


Terdapat 80 spesies goji yang berbeza di seluruh dunia, namun Lyceum Barbarum dari daerah Zhongning, Ningxia, China mengeluarkan buah goji yang berkualiti dan terbaik di dunia. Daerah ini juga dikenali sebagai “Daerah Panjang Usia” di mana ramai penduduknya hidup secara proaktif sehingga melewati usia 100 tahun.

Bagi atlit Olimpik dari China pengambilan goji adalah rahsia utama untuk meningkatkan ketahanan dan menambahkan stamina.


Khasiat-khasiat Goji :-

  • Melindungi dan menguatkan mata
  • Baik untuk penyakit asma / lelah
  • Sesuai untuk pesakit diabetis
  • Melambatkan penuaan
  • Meningkatkan immunisasi
  • Meningkatkan daya penglihatan
  • Menambahkan tenaga
  • Mengurangkan rasa mengantuk
  • Meransang dan member keistimewaan suami isteri

Saving Rachel (A Donovan Creed Crime Novel)

Tuesday, March 15, 2011

Susu Kambing (Goat Milk)

Kelebihan Susu Kambing 

  • Susu kambing adalah susu yang paling hampir dengan susu ibu. 
  • Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing. (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah) 
  • Kambing tiada dijangkiti penyakit kambing gila. 
  • Kambing adalah haiwan yang kurang dijangkiti penyakit seperti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu. 
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat. 
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding dengan lembu, setahun sekali dan hanya seekor. 
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam setahun berbanding dengan kambing, setiap hari. 
  • Susu kambing lebih mudah dihadam. Ia hanya memerlukan 20 minit berbanding dengan susu lembu yang memerlukan 2 jam.

    Kebaikan Susu Kambing

    Susu Kambing kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, D, E, Panthothemic Asid, Kalsium, Folic Asid, Fiboflavin, Niacin, Biotin, Folasi, Sodium, Potassium, Magnesium, Phosphores, PH Non Organic, Chlorine, Citrate, Folaci, Choline dan Inositol.

    Susu kambing berkesan untuk merawat penyakit-penyakit berikut :



    • Penyakit hati
    • Penyakit kuning
    • Sakit buah pinggang
    • Asma / semput / lelah
    • Gout
    • Hepatitis A
    • Kanser
    • Atritis
    • Alergik
    • Mati pucuk (impotensi)
    • Sakit tibi
    • Sakit paru-paru
    • Migraine
    • Masalah kulit
    • Membina darah
    • Reumatik
    • Tekanan darah tinggi
    • Kencing manis
    • Lemah jantung
    • Bronchitis
    • Osteoporosis
    • Kecantikan kulit
    • Menguatkan tulang
    • Sakit kurang darah
    • Gastric
    • Pembentukan tulang dan gigi
    • Cepat letih dan lemah badan
    • Menguatkan antibody
    • Menambahkan tenaga dan terasa kenyang

      Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 1

      Coffee Arabica

      "Kopi Arabica" adalah sejenis spesies kopi yang pada awalnya terdapat di pergunungan Yaman di Semenanjung Arab, dan ianya juga terapat di barat daya dataran tinggi Ethiopia dan tenggara Sudan. Ia juga dikenali sebagai “Kopi Belukar Arab", "Kopi Gunung" atau "Kopi Arab". Kopi arabica dikatakan sebagai spesies kopi pertama yang ditanamkan, dan tumbuh di barat daya Arab selama lebih dari 1,000 tahun.

      Kopi arabica mengandungi kurang kafein berbanding kopi jenis lain yang ditanam secara komersil.

      Ianya tumbuh meliar antara 9 hingga 12m tinggi dan mempunyai sistem percambahan terbuka. Daunnya 6 - 12cm panjang dan gelap yang luas 4 - 8cm. Bunganya berwarna putih dan tumbuh dalam kumpulan. Buahnya buah berbiji (biasanya disebut "berry"). Buah yang matang sebesar 10 - 15mm, berwarna merah cerah dan ungu dan biasanya mengandungi dua biji kopi.

      Kopi arabica memerlukan waktu sekitar tujuh tahun untuk matang secara penuh, dengan purata hujan sekitar 40 - 59 inci sepanjang tahun.

      Biasanya ditanam pada ketinggian antara 1300 hingga 1500m, tetapi ada juga penanam menanamnya pada ketinggian 2800m.

      Tanaman ini boleh ditanam pada suhu rendah, sekitar
      20 ° C (68 ° F), tetapi tidak pada suhu beku.

      Penanaman secara komersial kebanyakkannya hanya tumbuh tinggi sekitar 5m, dan sering dipangkas serendah 2m untuk memudahkan penuaian hasil. Kopi arabica lebih suka ditanam di tempat teduhan cahaya.

      Dua hingga empat tahun selepas tanaman, kopi arabica akan menghasilkan bunga putih dan sangat harum. Aroma baunya mirip bau bunga melati ketika bunganya membuka pada hari cerah. Dalam jumlah yang terbesar ianya menghasilkan buah.



      Kebaikan Kopi Arabica

      • Peminum kopi di Belanda dan Jepun telah didapati menjadi kurang terdedah terhadap beberapa jenis kanser.
      • Kopi Arabica juga boleh membantu untuk mengelakkan aritmia jantung.
      • Mengurangkan gigi berlubang dan membunuh bakteria.
      • Sesuai untuk penyakit Alzheimer.
      • Penyakit Parkinson.
      • Penyakit jantung.
      • Gout.
      • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
      • Menjadi anti oksida.
      • Membantu merawat kanser.
      • Membantu merawat sakit jantung.
      • Membantu merawat kencing manis dan strok.
      • Mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki, digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum, kesegaran, stamina, daya tahan badan dan tonik tenaga batin, berasa lebih muda dan bersemangat.
      • Meningkatkan pengaliran darah.
      • Meningkatkan jumlah penghasilan sperma. 
      • Mengembalikan nutrisi kepada system saraf terhadap stress.
      • Meningkatkan kesegaran tubuh badan dan menghilangkan rasa mengantuk
      • Mengurangkan risiko diabetes.


      The Lord of the Rings: The Motion Picture Trilogy (Extended Edition + Digital Copy) [Blu-ray]